Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Tuesday, December 4, 2007

pemuda....



Seringkali kita tersilap bahawa pemuda yang Islam hendak adalah umurnya muda. Jika seseorang itu sudah melangkau usia dewasa maka dia sudah tidak layak digelarkan pemuda Islam. Tetapi bukan itu yang dimaksudkan dengan pemuda Islam.




Pemuda yang dimaksudkan Islam bermaksud roh yang baru(diambil dari kata-kata Ustaz Sulaiman). Maknanya jika seseorang itu sudah dewasa tetapi dia masih bersemangat dalam perjuangannya menegakkan Islam, maka dia layak digelarkan sebagai pemuda. Di zaman Rasulullah juga ramai yang sudah melangkaui usia dewasa tetapi mereka masih lagi berjihad menentang musuh. Tepatlah apa yang dikatakan oleh Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna “Antum ar-ruhul jadid tasyri fi jasaadil ummah”(Kalian adalah roh-roh baru yang mengalir dalam umat).




Terdapat empat rukun pemuda yang dikatakan Imam Hasan Al-Banna iaitu Iman, Ikhlas, Hammasah(semangat) dan ‘Amal. Asas kepada Iman ialah ‘qalbun zakiy’(hati yang bersih). Asas kepada Ikhlas ialah ‘fuaadun naqiy’(jiwa yang suci). Asas kepada Hammasah ialah ‘syu’ur qawiy’(perasaan yang membuak-buak). Asas kepada ‘Amal ialah ‘al-‘azm fatiy’(azam seorang pemuda). Jika seorang muslim itu lengkap dengan semua rukun ini, maka dia layak digelarkan pemuda.




Pemuda juga mempunyai sifatnya yang tersendiri seperti yang disebutkan oleh Imam Hasan Al-Banna. Pertama, ‘qawiyyul ‘aziimah’(kemahuan yang kuat). Kedua, ‘ma’rifatul mabadii’(mengenal prinsip-prinsip). Ketiga, ‘imaanubuhu wayaqiin’(beriman dan yakin). Keempat, ‘tadhhiyah’(sanggup berkorban). Kesemua ini adalah cirri-ciri yang terdapat pada seorang pemuda. Dalam mana-mana bangsa para pemda menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka. Kalau kita tengok kuasa besar Nazi, kebanyakan dari mereka adalah pemuda dan pemudalah yang menjadi tonggak mereka. Dari mana-mana persatuan pun pemuda yang menjadikan persatuan itu bergerak lebih lancar. Dan kalau kita lihat kembali sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya, ramai dikalangan mereka yang muda-muda lagi sudah memimpin angkatan perang dan seperti Usamah bin Zaid.




Marilah wahai para pemuda, kita berazam dan berusaha supaya umat ini kembali mulia dan tidak lagi ditindas oleh orang-orang kafir dan konco-konconya. Bersama menegakkan kembali panji Islam diatas muka bumi ini melalui peribadi muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim dan berikutnya……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home