Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Friday, March 14, 2008

Mulia atau hina...


Alhamdulillah, hingga saat ini masih lagi penulis hidup dan ni’mat di sekelilingnya masih lagi dapat dikecapi...terutamanya ni’mat Iman dan Islam…tapi mengapa masih ada lagi manusia yang bangga dengan apa yang mereka ada? Jawatan, pangkat, kepandaian, harta dan banyak lagi padahal itu bukanlah hakikatnya?? Bukankah kita mulia dengan Islam?

Sudah lupakah kita akan ni’mat terbesar di sisi kita? Kalau nak kata bangga dengan harta, cuba bandingkan ni’mat harta dengan Islam? Jika dia berharta, tapi bukan Islam(kafir), hinalah dia! Jika dia Islam tapi tak berharta sangat pun, untunglah dia! Syurga bukan terletak pada harta, pangkat, kepandaian, kemahiran dan lain-lain, tapi pada taqwa ataupun hubungan dia dengan Allah…Pelik, kenapa manusia bandingkan harta2, pangkat2, kepandaian mereka?

Adakah mereka lupa apa yang memuliakan mereka sendiri??

Saat Umar al-Khattab dipanggil untuk mengambil kunci Palestin, beliau datang dengan khadamnya(hamba) dengan menaiki keldai. Bergilir-gilir bacaan Yasin dan bergilir-gilir juga kedudukan mereka dalam perjalanan menuju Palestin. Adakalanya Umar menunggang keldai dan adakalanya khadamnya menunggang keldai pula. Sesampainya di Palestin, tiba giliran khadamnya menunggang keldai dan Umar sendiri berjalan kaki. Pendeta Nasrani hairan dan keliru mana satu Umar yang disebut sebagai khalifah Islam. Rupa-rupanya Umar adalah orang yang berpakaian compang-camping(baju bertampal)yang berjalan itu. Kaum muslimin yang lain pun pelik dan hairan mengapa Umar tidak memakai pakaian perang(baju besi)…Umar pun menjawab, “ Kita adalah kaum yang mulia dengan Islam…..”.

Khalifah pun zuhud dan tawadhu’ terhadap dunianya. Tidak satupun sifat kebendaan mengaburi mata mereka.

Adakah Umar al-Khattab mulia dengan pangkatnya sebagai khalifah? Hartanya yang bertimbun?

Semua itu disebabkan beliau sendiri yang mengambil Islam secara menyeluruh dan beliau bangga dengan Islam yang menyeluruh. Dalam perbuatannya, pekerjaannya, pergaulannya semuanya kerana ISLAM.

Silap umat Islam sekarang cuma mereka tidak mengambil Islam secara menyeluruh. Sebab itulah mereka tidak berbangga dengan Islam…

Adakah kita juga bangga dengan Islam??

Adakah masih lagi terdapat sifat kebendaan dalam diri kita hinggakan roh kita tak dapat makanan secukupnya?? …..

Segala ni’mat yang ada di dunia ini seperti pangkat, kepandaian, harta, kemahiran dalam segala bidang, dan banyak lagi(kalau nak sebut memang terlalu banyak) hanya dari Allah…

Adakah kita sedar??

……………………………..

Apa inisiatif kita seterusnya?

Ambillah Islam secara keseluruhan…belajar kerana Allah dan Islam, bekerja, makan, bersukan dan pelbagai lagi…

Bagi mereka yang mahu berfikir, fikirlah secara mendalam dan bagi yang tidak mahu berfikir, malas berfikir, dia memang tidak mahu apa-apa…

Semuanya bermula dari diri kita sendiri, jika kita mahu sungguh-sungguh untuk berfikir, itulah yang dituntut. Dan sekali lagi bagi mereka yang tidak mahu berfikir tentang Islam yang kita anuti ini, takut-takut Allah ‘tukarkan’ hatinya dengan orang lain yang mahu berfikir tapi tak ada pendorong ataupun tak dapat hidayah lagi….

Sama ada MULIA atau HINA……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home