Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Wednesday, December 17, 2008

Adaptasi Syukur



Alhamdulillah kali ni penulis berkesempatan untuk menulis walaupun sudah lama senyap di jagat raya ini. Bekerja mungkin?? Masa ini sebenarnya mencemburui kita. Andaikata terlepas sesaat, dah tak boleh kejar....

Sebenarnya apa yang penulis rasa sendiri, ialah ‘kerja’ ini bukan hanya kewajipan semata-mata. Melihat dunia luar, ramai yang bekerja dengan ‘kerja’ ini. Hmm… alhamdulillah ramai yang sedang bekerja dan ramai yang mahu bekerja dengan ‘kerja’ itu. Namun ‘kerja’ ini menyedarkan penulis bahawa inilah tanda penulis bersyukur dengan Allah. Andaikata penulis tidak buat ‘kerja’ ini, maka tandanya penulis tidak bersyukur kepada-Nya. Betulkah itu?? Lihat sendirilah pada ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita untuk melakukan ‘kerja’ itu. Bila kita tidak melakukan apa yang Al-Quran suruh(senang cerita Allah yang suruh), maka itulah tanda-tanda kita tidak bersyukur…

“ Katakanlah(Muhammad), “ Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” -Yusuf:108-

Nah, tidak mahu tidak kita mesti lakukan kerja ini walaupun susah macamana pun, ilmu sedikit dan banyak lagi kekurangan-kekurangan. Teringat penulis akan satu kata-kata, “ Itulah hati-hati yang tulus, yang tidak pernah memikirkan posisinya di jalan da’wah, di belakang atau di depan, selagi masih tetap berada di jalan itu, mereka tetap menyeru kepada Allah.”

Dan ramai juga mempersoalkan layak atau tidak layak dia melakukan ‘kerja’ ini.
‘Kerja’ ini sebenarnya bukan mempersoalkan layak atau tidak layak seperti yang dikatakan oleh seorang ustaz, Tetapi ia mempersoalkan adakah kita gerun dengan ayat-ayat Allah yang menyuruh kita melakukan ‘kerja’ ini? Jika kita gerun dengan ayat-ayat Allah yang menyuruh melakukan ‘kerja’ ini, maka wajiblah kita mencampakkan diri kita dalam ‘kerja’ ini. Masalah layak atau tidak layak itu sebenarnya mungkin ditimbulkan oleh individu yang mungkin masih ragu-ragu. Jika kita mungkin banyak kekurangan, maka tampunglah ia dengan sedaya mungkin. Allah tidak zalim. Sesiapa yang bersungguh untuk melakukan ‘kerja’ ini, maka Allah akan menolongnya. Jika ‘kerja’ ini berat dan tidak mampu ditampung oleh manusia, tidak mungkin Allah turunkan amanah ini pada manusia.. Yakinlah bahawa ‘kerja’ ini mampu ditampung oleh kita!!

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya…..” -Al-Baqarah:286-

Inilah cara kita mengadaptasi syukur dalam kehidupan. Dengan apa?? Dengan ‘kerja’ ini.. Yakinlah bahawa sesiapa yang melakukan ‘kerja’ ini, maka tersangat beruntunglah dia kerana telah meletakkan dirinya dalam kerja-kerja umat terdahulu. Umat-umat terdahulu pun lakukan ‘kerja’ ini sehingga hari ini kita melihat kesan-kesannya. Apa kesannya?? Lihatlah pada diri anda. Apa yang berubah pada diri anda diri sendiri, itulah kesannya.. Senang cerita, kesannya ialah kebaikan-kebaikan yang diamalkan sehingga hari ini oleh umat-umat ini..

* ‘kerja’- da’wah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home