Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Malaysia



“ Esok diisytiharkan puasa..”

“ Jadi malam ni tarawih laa kan? ”

“ Macam biasa laaa…”

Hati melompat girang mendengar akan ramadhan benar-benar bermula malam ni. Ramadhan yang dulunya hampir setiap hari didoakan supaya dapat bertemu, akhirnya bulan mulia itu sudahpun memulakan langkahnya menyelusuri 30 hari. Harapnya dipenuhi dengan amal ibadah dan tidak disia-siakan begitu sahaja..

Penulis pun bersiap menuju ke masjid besar seperti setiap tahun. Setiap kali Ramadhan, penulis akan berkunjung ke masjid besar yang berdekatan untuk memburu kekhusyukan solat tanpa ada apa-apa halangan. “Ramai juga dalam kawasan masjid ni. Nak parking kereta pun sesak. Ooo malam pertama laa katakan…” getus hati penulis.

Terus diambil wudhuk dan bergegas menuju ke ruang solat. Imam sudahpun berada dalam rakaat kedua solat Isya’. Saf penuh hingga melebihi kawasan kanak-kanak. Penulis berdiri tegak dalam saf dan terus mengangkat takbir…

Seusainya solat solat Isya’ dan ditutup dengan doa dari imam, penulis terus mencari ruang mengerjakan solat rawatib ba’diyah. Sebelum itu, penulis lihat sekeliling ruang solat. Sungguh sedih sekali apabila ramai di kalangan jemaah duduk bermalasan(mungkin) tidak mahu mengerjakan solat sunat rawatib. “Pelik betul diorang ni, ramadhan baru bermula, hari pertama pulak tu, ramai lagi bermalasan dari mengerjakan solat rawatib ” bisik hati kecil penulis. “Tak hairanlah hari pertama ramadhan pun, iklan raya dah pun bersuara..” sambung penulis. Terus penulis mengangkat takbir sambil seribu dua persoalan masih berenang dalam fikiran. Waktu itu penulis tidak mengendah persoalan itu(waktu solat).

Malaysia, Malaysia. Negaraku daulah Islamiyah?

Buat mereka yang memikirkan…


++++++++++++++++++++++++++



Wahai ikhwah akhawat sekalian. Sebagai mu’min antara sifatnya ialah memberi nasihat dan menerima nasihat. Jadilah kamu sebagai seorang mu’min!

Ramadhan Al-Mubarak

Suatu bulan yang amat diburu buat mereka yang bergelar mu’min. Rasulullah pun melaluinya dalam hidup baginda sebanyak lapan kali. Tetapi Ramadhan Rasulullah yang paling terbaik walaupun hanya melaluinya sebanyak lapan kali. Tidak tercerita lagi para sahabat yang baru masuk Islam dan baru melaluinya beberapa kali lalu syahid di medan perang. Namun generasi merekalah yang paling terbaik.

Cuba bayangkan kita dari kecil diajar berpuasa hingga sekarang pun masih berpuasa. Agak-agaknya berapa kali sudah kita lalui Ramadhan ini?? Tak silap penulis, semua sudahpun melalui Ramadhan melebihi lapan kali ataupun melebihi sahabat-sahabat di zaman itu. Namun dimana kualitinya?? Anda sendiri boleh menjawabnya…

Di tengah-tengah kita kesibukan dalam Ramadhan, berbuka dengan makanan yang cukup, sahur dengan kenyang, masih ada lagi ayah-ayah kita, ibu-ibu kita, adik-adik kita, abang-abang kita dan kakak-kakak kita di seberang sana berbuka sekadar air sahaja ataupun buah tamar sebiji. Air itu pun bersih atau tidak bersihnya pun tidak terjamin. Harapan mereka hanya dapat mengisi perut sudahlah. Tidak berfikir langsung tentang makanan. Adakah kita ingat mereka?? Atau hanya sekadar melalui Ramadhan dengan senang lenang tanpa memikirkan orang lain?? Penulis yakin anda sendiri boleh menjawabnya…

Ramadhan ‘kita’ lain dengan Ramadhan orang lain. Sebagai daie, Ramadhan ini bukan sekadar macam orang biasa lakukan. Daie ini kena lebih dari orang biasa. Kerana daie ini orang luar biasa. Amat aiblah bagi seseorang daie yang mana dia tidak mampu untuk bangun bersahur dan qiamullail pada bulan Ramadhan ini dan juga dia tidak mampu untuk membaca/khatam Al-Quran dengan sebanyak-banyaknya. Amat aib sekali bagi mereka yang bergelar daie. Sebab itulah daie ini luar biasa. Amat berlainan dengan orang biasa-biasa..

Ramadhan disebut oleh ulama ada beberapa maksud pada perkataan Ramadhan tersebut.

Ra = Redha Allah
Ma = Maghfirah Allah(keampunan Allah)
Dha = DhamanuLlah(jaminan Allah)
N = Nikmat Allah

* sebenarnya maksudnya dari perkataan arabnya. Maaf kerana tidak menyediakannya.

Penulis tidak mahu bercerita panjang lebar kerana semua orang mu’min telah tahu ganjaran-ganjaran, kelebihan-kelabihan Ramadhan, tetapi yang masalahnya ialah amal.

Soalan :

Malaysia mendapat Islam terlebih dahulu daripada Indonesia. Tetapi kenapa orang Indonesia lebih bersemangat Islam daripada orang Malaysia ?? Padahal Islam terlebih dahulu sampai di Malaysia..

Jawapan:

Kerana orang Indonesia dapat ilmu terus amal. Tetapi orang Malaysia(melayu) dapat ilmu simpan tapi amalnya amat kurang. Ilmu penuh dalam otak, tapi entah pelik. Susah nak amal. Betul tak?? Anda sendiri boleh mengkajinya…

* persoalan ini pernah diutarakan kepada seseorang ustaz. Persoalan yang sama dan jawapan yang sama seperti di atas.



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home