Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Friday, March 14, 2008

Bapa yang menaungi...

Bapa? Yang menjaga?......

Sedar tak sedar kita masih berdosa kerana mungkar terbesar(syariat Allah tak terlaksana di bumi{khilafah}) berlaku sejak 84 tahun yang lepas dan kini masih tak tertegak..

Masih ingat?? 3 Mac 1924?? Tarikh khilafah jatuh secara rasmi. Bagi mereka yang prihatin mungkin ingat..

Teringat penulis akan zaman khilafah baru sahaja jatuh, Hasan Al Banna melihat gelagat penuntut di Universiti Azhar ketika itu. Hasan Al Banna yang masih muda sempat dengan khilafah masih ada dan tak ada. Beliau tidak puas hati melihat penuntut di Universiti Azhar sambil meluahkan di hadapan seorang ulama’. Penuntut di Universiti Azhar sebelum khilafah jatuh dan selepas khilafah jatuh, sama sahaja. Tak ada pun yang menampakkan kesungguhan untuk kembalikan semula khilafah. Itu Al Banna. Bagaimana pula dengan kita??

………………………………

Pada suatu ketika, datang seorang pemuda(dirahsiakan namanya) kepada penulis. Dia ingin menceritakan pengalamannya masa sukan. Penulis pun luangkan masa untuk mendengar….

“ time ana sukan hari tu, ana rumah A. Macam biasa, malam sebelum sukan mesti ada liqa’2 rumah sukan. Ana pun pergilah liqa’ rumah sukan ana. Malam tu, ada seorang abang tunjukkan graf rumah sukan A. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah dapat nombor satu keseluruhan. Nombor 3, 4 je yang dapat….

Masa berlalu terlalu pantas……

Ana main badminton. Tapi kalah, tak dapat sumbang banyak untuk rumah sukan ana. Dapat sikit pun takpe lah. Tapi ana dah berusaha sungguh2. Dah penat habis dah. Berapa jam je main…takdela lama sangat…Kawan ana yang main sukan lain ok je. Baguslah ada yang dapatkan markah yang banyak….

Masa terus berlalu tanpa henti walau sesaat pun……

Tibalah hari keputusan dan penentuan. No. 4, rumah D. No. 3, rumah C. No. 2, rumah…B. No. 1, rumah..A! Masa tu, ana terharu sangat sampai mata pun dah nak berair lagi2 kalau bertemu kawan satu rumah sukan. Mana taknya, dari dulu tak pernah dapat nombor 1, tahun ni baru dapat !

Lepas majlis berakhir, ketua pun suruh kumpul dan nasyidkan lagu rumah. ‘ Tukarkan nama rumah jadi Islam’ kata ketua. ‘Maksudnya, dulu « rumah A pasti bangkit lambat laun », sekarang rumah A dah bangkit dan Islam belum bangkit. Jadi, sekarang « Islam pasti bangkit lambat laun »…..Time tu ana dah tak boleh nasyid dah. Kalau ana teruskan, mungkin nanti ana menangis sebab terlalu gembira dan yakin dengan kebangkitan ISLAM…..

………………………………..

Simboliknya ialah graf masa awal2 pemuda tu cerita, menunjukkan bahawa Islam pernah bangkit sekejap kemudian turun secara mendadak dan sampai sekarang tak bangkit2.

Simbolik kedua, ialah masa pemuda tu main badminton. Dia usaha sungguh2 dalam masa yang sekejap, tapi kalah. Tapi dia rasa betul2 penat sebab main betul2. Dia kemudian melihat rakannya yang lain sungguh2 untuk dapatkan markah. Maksudnya, kita usaha betul2 untuk tegakkan khilafah dan kena penat. Bukan dalam masa yang singkat daulah tertegak, tapi semua usaha kita akan menyumbang kepada tertegaknya daulah. Jangan risau kalau tumbang, bangun balik, asalkan usaha sungguh2 untuk tegakkan daulah kembali. Kalau tak penat, maksudnya kita tak sungguh2…..

Simbolik ketiga, masa hari keputusan. Rumah sukan dia menang dan dia sangat terharu lagi2 kalau dapat jumpa kawan serumah sukan dengan dia.... Maksudnya masa tu dia mungkin sempat dengan kebangkitan Islam(harap2 kita sempat melihatnya). Kalau rumah sukan menang pun mata macam nak berair, apatah lagi kalau khilafah tertegak! Dah menangis teresak2 disebabkan gembira melihat Islam bangkit dengan salah satu hasil usahanya yang lama!

Simbolik keempat, rumah sukan dia nak tukarkan nama rumah kepada Islam dalam nasyidnya(rumah A). Nasyidnya mungkin macam ni.. “(nama rumah) pasti bangkit lambat laun…” dan ditukarkan kepada “Islam pasti bangkit lambat laun…”. Kalau dia teruskan nasyid, kemungkinan dia boleh menangis. Maksudnya di sini ialah dia terlalu gembira lagi-lagi kalau khilafah tertegak sampai tak tahu nak cakap apa. Kegembiraan yang sangat bermakna dalam hidupnya. Dia tak mahu teruskan nasyidnya kerana masa tu mungkin kerana dia dapat rasa pertolongan Allah sangat dekat seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan rasa kemenangan Islam sangat dekat sepertimana rumah sukannya menang. Dia rasa gembira dengan kemenangan rumah sukannya sebab usahanya. Usaha dia masa sukan hari tu hanya sekejap, beberapa jam atau minit sahaja. Belum lagi usaha untuk tegakkan khilafah, berapa lama nak ‘maintain’kan usaha….Cuba bayangkan apabila kita sempat dengan khilafah tertegak dan dapat rasa kemenangannya, tak tahu nak bayangkan kegembiraan yang macamana dan tak terungkap oleh kata-kata. Hanya hati yang tahu perasaan yang susah nak diluahkan oleh kata-kata….

………………………………..


Apa yang boleh dapat pada cerita diaatas ialah usaha untuk tegakkan khilafah. Yang penting usaha, bukannya semata-mata nak merasa hasilnya. Kalau sempat lihat dan rasa tertegaknya khilafah, itu bonus untuk kita. Kalau tak sempat, itu juga bonus. Macamana? Fikirlah selalu…..


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home