Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Tuesday, August 19, 2008

Bisa. Nggak Bisa..

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana masih lagi Islam dan dapat lagi bernafas dalam ruang lingkup tarbiyah yang luas ini. Sejenak memikirkan umat ini, rupa-rupanya terserlah pelbagai tujuan hidup, cara hidup mahupun gaya hidup. Sama ada menjadi orang biasa atau luar biasa…

Bagaimana pula kita?? Mahu jadi biasa-biasa ataupun luar biasa?? Persoalan yang sering berenang dalam fikiran masyarakat 'kita' sama ada yang besar atau yang kecil. Alhamdulillah persoalan ini mungkin kadang-kadangnya menjentik intelek seseorang untuk berfikir..

“ Adul, jadi orang luar biasa tau besar nanti..”

“ Kenapa pula tok? Tak best la jadi luar biasa. Adul nak jadi biasa2 je ”

“ Kenapa pulak, atuk dah ajar Adul dari kecil lagi. Adul tak rasa ‘special’ ke?? Orang lain pun tuk tak layan macam tuk layan Adul. Orang lain kat kampung kita ni pun ramai yang tak berpelajaran, tak tahu solat, tak tahu Islam dan banyak lagi. Adul ni pun dah dianggap bertuah sebab dapat tahu banyak benda. Nanti siapa yang nak jadi pewaris kepimpinan atok-atok kamu nanti ?? ”

“ Hmm…ye tak ye jugak… Tengoklah dulu. Biar Adul fikir baik-baik.”

Huh, sedih juga atuk si Adul ni. Dah penat-penat ajar cucu dia, tapi cucunya tak hargai pun. Memang kacang lupakan kulit pun. Tak boleh buat apa pun….(harapnya si Adul tu betul-betul fikirlah)

Lihat dunia ini. Betapa dunia ini kelelahan, memerlukan doktor yang betul-betul pakar. Bukan doktor yang main-main, bukan sebarang doktor dan bukan doktor yang tidak serius. Siapa doctornya agaknya?? Tidak boleh tidak kita yang perlu menjadi doktornya. Walau susah sekalipun, penyakit dunia ini mesti ada jalan penyelasaian. Lupakah kita terhadap firman Allah…

لا يكلف الله نفسا الا وسعها

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”

(Al-Baqarah : 286)

Diantara jutaan manusia kat bumi Allah ini, ada segolongan Islam. Dan dalam jutaan umat Islam itu, ada juga segolongan yang ditarbiyah menjadi muslim sebenar. Dan dalam golongan itu pula ada juga yang betul-betul boleh beramal dengan ilmunya.. Itulah kita(harapnya begitulah). Dah dapat suapan dari orang-orang terdahulu, dapat mengharungi jalan tarbiyah, dan banyak lagi yang tidak tercerita di sini. Kitalah pula yang menyuapkan kepada generasi yang akan datang(jangan malu). Bukan saja-saja tapi bebanan yang membawa kepada kemuliaan….

Inilah tugas kita nanti(ops sekarang). Penentunya ialah pada permulaan. Permulaanya sekarang. Kalau nak jadi doktor yang sebenarnya, dari sekarang kena jadi orang yang serius dalam masalah umat dan sabar menghadapi pesakit(umat).

Bila lagi nak mula???


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home