Warna-warni Ikon & Kelabu Asap
“ Owh, gitu ye kamu..”
“ Kamu pula Akim?”
“ Kalau saya, lagu-lagu inggeris, melayu,
“ Hmm.. Kamu pula Ijam? Dari tadi tersenyum. Macam tak sabar-sabar je nak kongsi…”
“ Hehe… Saya suka *****(pakar shuffle). Cube tengok ni(sambil menunjukkan kemahiran shuffle nya). Biasa-biasa je bolehlaa. Hardstyle belum belajar lagi. Esok nak tengok kat Youtube belajar yang hardstyle punya.”
“ Ijam2…Hmm(sambil bertupang dagu)…”
* masa2 ice breaking dalam satu program remaja..
Warna-warni ikon atau pening-pening idola??
Sama jela tu..
Dunia kini dahpun bercelaru idola, ikon yang akhirnya kelalaian yang menjadi agenda mereka setiap hari. Lebih-lebih lagi yang muda-mudi ni. Mendengar ini, mendengar itu.. Itu mungkin mereka di ‘luar’. Semua sudah faham
Yang ‘dalam’ ini pun hampir-hampir celaru. Haq dan batil mungkin boleh dibanding beza lagi. Tapi yang haq itupun macam kelabu-kelabu asap sedikit. Mungkin tercemar dengan dunia luar mungkin ??
Setiap orang ada idola mereka tersendiri. Yang ini, yang itu.
Bukan sudah ku katakan?
Yang hitam itu hitam
Yang putih itu putih
Hitam tak mungkin putih
Putih tak mungkin hitam
Apa boleh buat
Kelabu pun tampak berseri
Kelabu cair
Kelabu sedang-sedang
Kelabu pekat
Sampai hitam jadi kelabu
Ataukah putih jadi kelabu??
Bukan sudah ku katakan
Apa boleh buat?
-Brat Mikrajovic-
Hmm.. Jelas itu?? Mungkin pening-pening sikit. Tapi tak mengapalah kadang-kadang pening.. Sekarang orang Islam sendiri yang keliru. Yang pening-pening idola ni pun ada puncanya. Samada Muslim sekadar Islam ataupun Muslim yang dididik secara Islam. Yang tahu ini dan itu(hitam dan putih). Tapi karat-karat jahiliyah masih menempel dalam dinding hati. Karat-karat jahiliyah penulis katakan. Kena faham itu betul-betul. Karat-karat jahiliyah… itulah puncanya…
Kadang-kadang, hari yang kita lalui sendiri sebenarnya mungkin kita tidak sedari bahawa karat-karat jahiliyah masih lagi menempel dalam hati kita… Tapi seseorang yang dirinya ditarbiyah, mengikut tarbiyah dengan sungguh-sungguh patutnya karat-karat jahiliyah ini dah semakin lupus dari kehidupannya. Bukan semakin bertambah atau berterusan. Penulis katakan ini mungkin kerana penulis melihat sendiri orang-orang yang mengikut tarbiyah dalam masa yang sama dia pun mendengar lagu-lagu korea dll. Mungkin sikit-sikit sahaja yang didengarinya, tapi itu sebenarnya akan melambatkan lagi proses tarbiyahnya. Kita kena faham bahawa tarbiyah ini sebenarnya bersih dari sebarang percikan-percikan jahiliyah. Andaikata tarbiyah ini ada percikan-percikan jahiliyah(atau lebih senang dipanggil karat-karat jahiliyah), maka rosak dan lambatlah proses itu(proses mentarbiyah diri sendiri).
Ingat,
Pastikan jelas hitam itu hitam dan putih itu putih. Manamungkin kelabu asap??
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home