Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Friday, May 30, 2008

Dunia? Aku?


Alhamdulillah, dunia ini masih lagi wujud. Hanya perlu buka mata sudah dapat melihat nikmat & ciptaan Allah. Tak perlu berusaha pun, memang dah ditetapkan kecuali mereka yang menemui ajalnya lainlah...

Itulah rahmat Allah. Satu kurnia yang mana ramai manusia lupa...
Dalam kehidupan kita sendiri sebenarnya sedar tak sedar kita dibawah rahmat Allah...
Setiap hari dapat makan, tidur, dan banyak lagi rezeki yang Allah limpahkan...

Timbul satu persoalan.. Berenang-renang dalam kotak fikiran...


Mengapa ramai yang buat dosa tapi tak kena azab terus haa??? Dia masih lagi boleh hidup senang...

Tu yang kita nampak secara zahir dia memang buat dosa,
tapi yang tak sedar dia buat dosa lagi bahaya!!
Kadang-kadang memang Allah biarkan kita buat dosa...
Pelik??

Inilah namanya istidraj...
Allah kumpulkan dosa seseorang tu(melainkan dia taubat) kat dunia. Selepas tu Allah balas kat akhirat. Nah, ni memang pembalasan yang tiada pertolongan!
Masa tu memang kita menyesal habis-habisan. Namun tidak ada sesiapa pun yang boleh menolongmu. Siapa suruh buat dosa? Kan dah kena balasannya...

Satu cara sahaja yang mampu menolong kita. Dengan bertaubat kepada Allah. Taubat pun bukan sebarang taubat. Bukan taubat biasa-biasa sahaja. Taubat yang mampu membuatnya benci akan maksiat itu.. Ada orang dia taubat, tapi dia masih ada rasa suka akan maksiat itu lagi... Akhirnya, dia pun terjerumus dalam lembah maksiatnya itu sekali lagi bahkan mungkin boleh jadi banyak kali...

Hmm...susah juga nak taubat...
Tapi mungkin senang nak taubat kalau taubat setiap hari...
Cuba ambil masa selepas solat, istighfar dengan sepenuh penghayatan...InsyaAllah akan berjaya. Allah akan menolong kita kalau kita berusaha sungguh-sungguh...
Cuma mungkin kita tak yakin dengan kemaafan Allah...
Allah itu kan Maha Memaafkan?
Adakah kita lupa??





Labels: