Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Sunday, June 1, 2008

Adakah jiwa ini....?


“ Assalamualaikum, abang”

“Waalaikumussalam”

“Abang tau tak pasal hari tu?”

“Ooo, abg dah tau dah. Berita ni cepat sampai walaupun abang dah keluar sekolah..”

“Hmm…baguslah budak sekolah ni memang ada jiwa menyampaikan..”

“Bagus jugak sebab ada juga jiwa ingin tahu..”




+++++++++++++++++++++

Rasa-rasanya anda rasa apa dengan cerita kat atas?

Ambil masa untuk berfikir sejenak.....

Kat dunia ni memang banyak golongan yang menyampaikan dan banyak juga golongan yang ingin tahu….tak kisahlah samada baik atau buruk....

Golongan yang menyampaikan dengan ‘style’ atau caranya tersendiri, dan golongan yang ingin tahu dengan semangatnya yang tersendiri…..

Tapi alangkah baiknya jikalau jiwa-jiwa ingin menyampaikan kebaikan semakin banyak dan semakin bertambah lagi banyak!!

Dan juga alangkah indahnya dunia ini jika ramainya orang-orang yang mempunyai jiwa ingin tahu akan kebaikan.....

Tetapi impian tetap impian kecuali apabila ia disertakan dengan amal maka impian juga akan jadi kenyataan……..

+++++++++++++++++++


Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan jiwa-jiwa ingin menyampaikan??

Ia adalah jiwa-jiwa yang ingin orang lain tahu apa yang dia tahu….

Dia mahu sesuatu itu tidak terhenti apabila sampai kepadanya bahkan dia mahu maklumat itu berkembang sekembang-kembangnya lagi-lagi tentang perkara yang ‘best-best’ ataupun yang gempar-gempar.

Namun disitu boleh jadi nilainya amat besar pada kacamata tarbiyah dan Islam apabila ia disertakan dengan kebaikan……maksudnya dia menyampaikan khabar kebaikan ataupun kebaikan itu sendiri pada orang lain…….

Dan disitu juga boleh jadi nilainya amat kecil apabila ia disertakan dengan perkara yang hanya membuang masa bertujuan untuk membuat orang bergelak ketawa dan lupa terhadap dirinya sendiri……..maksudnya dia menyampaikan khabar atau cerita yang tidak membawa kebaikan langsung bahkan membuat orang bergelak ketawa dan membuang masa……

Wahai jiwa-jiwa perindu syurga.......

sampaikanlah berita-berita

Yang membawa dirimu dan orang di sekelilingmu….

Kearah kebaikan.......

Jangan pula engkau…

Halakan jiwamu pada perkara-perkara……

Yang membuatmu….

Lupa akan dirimu…

Yang membuatmu…

Rugi dan lalai….


Ya Allah, Ya Wadud, Ya Rahim…

Tolonglah jiwa-jiwa ini...

Untuk menggapai redha-Mu...

Dalam menyampaikan risalah-Mu…

Semoga jiwa-jiwa ini….

Akhirnya….

Terbang melangit…

Di syurga-Mu…

++++++++++++++


Jiwa ini ingin tahu apa??
Tahu segalanya...
Tahu segala-galanya samada kebaikan atau keburukan??

Namun ramai yang tersilap halakan keinginannya…..

Apa sebenarnya jiwa ini ingin tahu???

Jiwa ini sebenarnya ingin tahu akan Ma’rifatullah...
Jiwa ini sebenarnya mahu mengenal Tuhannya...Penciptanya...
Jiwa ini sebenarnya mahu mengenal erti kemanusiaan...
Erti kehidupan ini....yang hanya sementara dan tidak lebih dari itu...
Jiwa ini sebenarnya mendambakan kehidupan yang mulia...
Jauh dari kehinaan…..

Sebenarnya jiwa ini mahu mengenal ISLAM…
Kehidupan yang mulia dan tidak ada yang lagi mulia daripadanya…

Tetapi melihatkan ummat kini….
Ramai yang mencabuli hak-hak jiwa mereka…
Mereka tidak mahu kehidupan yang mulia…
Mereka lupa akan Yang Mencipta kehidupan mereka...

Jauh dari itu...

Sebenarnya jiwa ini ingin tahu perkara-perkara yang membawa kebaikan…
Jiwa ini tidak mahu tahu perkara-perkara yang remeh dan membuang masa….

Maka beruntunglah bagi jiwa-jiwa yang ingin tahu akan kebaikan….

Dan merugilah bagi jiwa-jiwa yang ingin tahu perkara-perkara yang remeh temeh dan hanya membuang masa….

Sungguh jiwa ini mahukan kemuliaan!

Wahai jiwa-jiwa perindu syurga…

Ingatlah akan jiwamu…

Bahawa jiwa ini mahu mengenal Penciptanya…

Mahu mengenal Tuhannya…

Mahu kemuliaan…

Mahu mengenal erti hidup ini…..

Mahu mengenal Islam…

Mahu menjadi MUSLIM sebenar…

Maka tunaikanlah hak-haknya…

Wahai jiwa-jiwa perindu syurga…


Ya Allah, Ya Musowwir, Ya ‘Azim…

Tolonglah daku yang lemah ini…

Dalam mengenal-Mu..

Dalam mencari kehidupan yang mulia…

Dalam mengenal Islam yang sebenarnya…

Dalam membentuk peribadiku…

Untuk menjadi muslim yang sebenar-benarnya…


Ya Allah…Ya Qadir, Ya ‘Aliy…

Tolonglah daku yang lemah ini…

Yang tidak terdaya untuk berbuat apa-apa..

Selain keizinan-Mu….

Tolonglah daku…

Untuk menunaikan hak-hak jiwa ini…

Kerana tiada yang lain dapat menolongku…

Selain pertolongan-Mu…

Ya Allah..Ya Quddus, Ya Salam…

Ku akui segala kelemahanku ini...

Memang diriku ini...

Hanyalah salah seorang daripada kalangan hamba-Mu...

Ku harapkan diriku ini...

Akan terus berusaha..

Untuk menunaikan hak-hak jiwa ini…

Dan menegakkan agamamu pada suatu hari nanti…

Kabulkanlah permintaanku ini...Ya Allah...

Labels: