Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Tuesday, December 30, 2008

"Nushwatun Najah"


Assalamualaikum warahmatullah.. Alhamdulillah, result PMR pun baru sahaja keluar. Ada yang mendapat kejayaan yang cemerlang dan ada juga yang kurang cemerlang. Namun itu semuanya ada hikmahnya. Bukanlah pengakhiran buat semuanya... Tahniah kepada mereka-mereka yang cemerlang dan kurang cemerlang kerana mampu untuk menghadapi ujian dunia(pelajaran). Baru sahaja ujian dunia, belum ujian akhirat lagi...
Kali ini penulis mahu mengambil pendekatan tentang ‘nushwatun najah’ yang bermaksud berasa gembira/bangga apabila mendapat kejayaan. Ayuh rujuk kembali kepada sirah nabawiyah.. Peristiwa yang berlaku semasa baru sahaja selepas peristiwa Fathul Mekah. Ketika itu Rasulullah telah menghantar sahabatnya ke Taif untuk menghadapi tentera Musyrikin yang mahu menyerang Mekah ketika itu.

Ketika para sahabat yang berjumlah 12,000 itu sedang menuju ke Taif, perasaan menang di Mekah(Fathul Mekah) masih dirasai oleh mereka dan ada juga diantara mereka yang ‘over confident’ dan yakin akan terus maju kehadapan dengan mudah selepas ini. Terpukau dengan kejayaan-kejayaan sebelum ini. Maka ketika itu, tentera Musyrikin yang berjumlah lebih dari 20,000 sedang bersembunyi di sebalik bukit di Lembah Hunain(laluan antara Mekah dan Taif). Mereka mahu menyerang hendap tentera Muslimin yang ketika itu mungkin sedang leka berjalan. Tetapi belumpun satu per tiga perjalanan tentera Muslimin, tentera Musyrikin yang bersembunyi di sebalik batu itu terus menyerang hendap tentera Muslimin. Dengan jumlah yang melebihi tentera Muslimin ketika itu, amatlah mengejutkan para tentera Muslimin dengan serangan hendap yang tiada apa-apa persediaan ketika itu. Hinggakan Khalid Al-Walid jatuh dari kudanya! Lalu berpecah belahlah tentera Muslimin ketika itu. Namun kemudian Rasulullah mengumpulnya kembali. Peristiwa ini seolah-olah peristiwa yang sama dengan peristiwa di Uhud yang mana ada di kalangan tentera muslimin yang leka dengan harta rampasan ketika itu. Peristiwa kedua yang berulang kembali yang amat memberikan pengajaran kepada seluruh umat muslimin.

“ Sungguh, Allah telah menolong kamu(mukminin) da banyak medan perang, dan (ingatlah) Perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membanggakan kamu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu tersa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang.”

-At-Taubah:25-


Inilah yang disebutkan sebagai ‘nushwatun najah’. Apabila kita leka dengan sesuatu atau berasa gembira dengan kejayaan hinggakan terlupa perkara-perkara lain. Istilah ini boleh dikaitkan dengan kita sekarang. Samada yang mendapat kejayaan dalam PMR(baru2 ini) ataupun sebagainya, maka perlulah kita ingat bahawa amal kita sepatutnya bertambah dan berterusan. Bukan makin berkurang akibat lalai dengan kejayaan yang mengaburi mata dunia sahaja. Jika amalnya sebelum ini selalu qiamullail, baca Al-Quran dsb akhirnya apabila mendapat kejayaan, maka semakin hari semakin berkurang amalnya. Bangun pagi sahaja sudah mendengar azan, Al-Quran pun tidak diselaknya lagi apatahlagi dibaca!! Bukan macam sebelum ini. Bangun pagi sahaja terus qiamullail untuk merebut waktu doa mustajab(doa PMR lah katakan). Al-Quran pun maintain setiap hari setengah juzuk...

Inilah yang banyak dialami oleh manusia sekarang. Apabila menerima kejayaan, maka dengan secara automatiknya amalnya pun makin berkurangan. Bukankah mereka yang mungkin tidak mendapat kejayaan dengan cemerlang lebih baik daripada mereka yang mendapat kejayaan cemerlang jika amal mereka yang tidak mendapat kejayaan cemerlang lebih banyak dan bertambah berbanding mereka yang berjaya cemerlang???

Cuba fikir kembali... Sesungguhnya umat-umat terdahulu amat berhati-hati dengan kejayaan mereka. Mereka memikirkan samada kejayaan itu satu anugerah ataupun sebagai satu ujian. Kita bagaimana pula???

Labels:

Thursday, December 25, 2008

Warna-warni Ikon & Kelabu Asap

“ Owh, gitu ye kamu..”

“ Kamu pula Akim?”

“ Kalau saya, lagu-lagu inggeris, melayu, korea tu dah macam hiburan seharian saya.. Kalau ada peluang jumpa artis-artis tu, dah lama saya kejar dia. Setakat ni intai-intai kat frienster, myspace jela…”

“ Hmm.. Kamu pula Ijam? Dari tadi tersenyum. Macam tak sabar-sabar je nak kongsi…”

“ Hehe… Saya suka *****(pakar shuffle). Cube tengok ni(sambil menunjukkan kemahiran shuffle nya). Biasa-biasa je bolehlaa. Hardstyle belum belajar lagi. Esok nak tengok kat Youtube belajar yang hardstyle punya.”

“ Ijam2…Hmm(sambil bertupang dagu)…”


* masa2 ice breaking dalam satu program remaja..

Warna-warni ikon atau pening-pening idola??
Sama jela tu..

Dunia kini dahpun bercelaru idola, ikon yang akhirnya kelalaian yang menjadi agenda mereka setiap hari. Lebih-lebih lagi yang muda-mudi ni. Mendengar ini, mendengar itu.. Itu mungkin mereka di ‘luar’. Semua sudah faham kan? Sudah, berhenti disitu…

Yang ‘dalam’ ini pun hampir-hampir celaru. Haq dan batil mungkin boleh dibanding beza lagi. Tapi yang haq itupun macam kelabu-kelabu asap sedikit. Mungkin tercemar dengan dunia luar mungkin ??

Setiap orang ada idola mereka tersendiri. Yang ini, yang itu. Ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Idola kita mesti yang bagus. Betul tak? Tapi kenapa ada mereka yang berkata “ Idola saya ini(yang bagus di pandangan kita)” namun lagu-lagu korea, lagu-lagu inggeris yang pelik-pelik masih lagi menjadi alunannya. Itulah kelabu asapnya…

Bukan sudah ku katakan?

Yang hitam itu hitam

Yang putih itu putih

Hitam tak mungkin putih

Putih tak mungkin hitam

Apa boleh buat

Kelabu pun tampak berseri

Kelabu cair

Kelabu sedang-sedang

Kelabu pekat

Sampai hitam jadi kelabu

Ataukah putih jadi kelabu??

Bukan sudah ku katakan

Apa boleh buat?


-Brat Mikrajovic-

Hmm.. Jelas itu?? Mungkin pening-pening sikit. Tapi tak mengapalah kadang-kadang pening.. Sekarang orang Islam sendiri yang keliru. Yang pening-pening idola ni pun ada puncanya. Samada Muslim sekadar Islam ataupun Muslim yang dididik secara Islam. Yang tahu ini dan itu(hitam dan putih). Tapi karat-karat jahiliyah masih menempel dalam dinding hati. Karat-karat jahiliyah penulis katakan. Kena faham itu betul-betul. Karat-karat jahiliyah… itulah puncanya…

Kadang-kadang, hari yang kita lalui sendiri sebenarnya mungkin kita tidak sedari bahawa karat-karat jahiliyah masih lagi menempel dalam hati kita… Tapi seseorang yang dirinya ditarbiyah, mengikut tarbiyah dengan sungguh-sungguh patutnya karat-karat jahiliyah ini dah semakin lupus dari kehidupannya. Bukan semakin bertambah atau berterusan. Penulis katakan ini mungkin kerana penulis melihat sendiri orang-orang yang mengikut tarbiyah dalam masa yang sama dia pun mendengar lagu-lagu korea dll. Mungkin sikit-sikit sahaja yang didengarinya, tapi itu sebenarnya akan melambatkan lagi proses tarbiyahnya. Kita kena faham bahawa tarbiyah ini sebenarnya bersih dari sebarang percikan-percikan jahiliyah. Andaikata tarbiyah ini ada percikan-percikan jahiliyah(atau lebih senang dipanggil karat-karat jahiliyah), maka rosak dan lambatlah proses itu(proses mentarbiyah diri sendiri).

Ingat, medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan jihad. Medan jihad yang salah tidak sama dengan medan jihad yang sebenar yang menuju ke matlamat yang dikehendaki Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah.

Pastikan jelas hitam itu hitam dan putih itu putih. Manamungkin kelabu asap??

Wednesday, December 17, 2008

Adaptasi Syukur



Alhamdulillah kali ni penulis berkesempatan untuk menulis walaupun sudah lama senyap di jagat raya ini. Bekerja mungkin?? Masa ini sebenarnya mencemburui kita. Andaikata terlepas sesaat, dah tak boleh kejar....

Sebenarnya apa yang penulis rasa sendiri, ialah ‘kerja’ ini bukan hanya kewajipan semata-mata. Melihat dunia luar, ramai yang bekerja dengan ‘kerja’ ini. Hmm… alhamdulillah ramai yang sedang bekerja dan ramai yang mahu bekerja dengan ‘kerja’ itu. Namun ‘kerja’ ini menyedarkan penulis bahawa inilah tanda penulis bersyukur dengan Allah. Andaikata penulis tidak buat ‘kerja’ ini, maka tandanya penulis tidak bersyukur kepada-Nya. Betulkah itu?? Lihat sendirilah pada ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita untuk melakukan ‘kerja’ itu. Bila kita tidak melakukan apa yang Al-Quran suruh(senang cerita Allah yang suruh), maka itulah tanda-tanda kita tidak bersyukur…

“ Katakanlah(Muhammad), “ Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” -Yusuf:108-

Nah, tidak mahu tidak kita mesti lakukan kerja ini walaupun susah macamana pun, ilmu sedikit dan banyak lagi kekurangan-kekurangan. Teringat penulis akan satu kata-kata, “ Itulah hati-hati yang tulus, yang tidak pernah memikirkan posisinya di jalan da’wah, di belakang atau di depan, selagi masih tetap berada di jalan itu, mereka tetap menyeru kepada Allah.”

Dan ramai juga mempersoalkan layak atau tidak layak dia melakukan ‘kerja’ ini.
‘Kerja’ ini sebenarnya bukan mempersoalkan layak atau tidak layak seperti yang dikatakan oleh seorang ustaz, Tetapi ia mempersoalkan adakah kita gerun dengan ayat-ayat Allah yang menyuruh kita melakukan ‘kerja’ ini? Jika kita gerun dengan ayat-ayat Allah yang menyuruh melakukan ‘kerja’ ini, maka wajiblah kita mencampakkan diri kita dalam ‘kerja’ ini. Masalah layak atau tidak layak itu sebenarnya mungkin ditimbulkan oleh individu yang mungkin masih ragu-ragu. Jika kita mungkin banyak kekurangan, maka tampunglah ia dengan sedaya mungkin. Allah tidak zalim. Sesiapa yang bersungguh untuk melakukan ‘kerja’ ini, maka Allah akan menolongnya. Jika ‘kerja’ ini berat dan tidak mampu ditampung oleh manusia, tidak mungkin Allah turunkan amanah ini pada manusia.. Yakinlah bahawa ‘kerja’ ini mampu ditampung oleh kita!!

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya…..” -Al-Baqarah:286-

Inilah cara kita mengadaptasi syukur dalam kehidupan. Dengan apa?? Dengan ‘kerja’ ini.. Yakinlah bahawa sesiapa yang melakukan ‘kerja’ ini, maka tersangat beruntunglah dia kerana telah meletakkan dirinya dalam kerja-kerja umat terdahulu. Umat-umat terdahulu pun lakukan ‘kerja’ ini sehingga hari ini kita melihat kesan-kesannya. Apa kesannya?? Lihatlah pada diri anda. Apa yang berubah pada diri anda diri sendiri, itulah kesannya.. Senang cerita, kesannya ialah kebaikan-kebaikan yang diamalkan sehingga hari ini oleh umat-umat ini..

* ‘kerja’- da’wah