Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Sunday, December 30, 2007

Perumpamaan


Selama aku duduk di Hira' bukan hanya aku melepak tapi di situlah aku mula menapak mula -ayat suciMu ya Allah mula mengenal Sirahmu yg harum ya Rasulullah mula mengerti hakikat aku hambaMu mula mengerti hakikat aku ummah pilihan

Selama aku duduk di Hira' hasil tarbiyyahnya inilah aku aku mula gemes dlm mencapai iman menyulam taqwa menguntai ukhuwwah lalu di mana kan ku temui tempat sebarakah bumi ini
Namun kini ku sedari akulah bakal pencipta tamsilan bi'ah ini andai ku tenggelam di lautan akan ku cipta sebuah daratan andai aku jatuh di daratan akan ku bina sebuah kehidupan b'bekalkan iltizam & istiqamah pastinya hasil mutiara yg ku temui setelah ....selama aku di Hira'....

Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan, sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, “Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.” Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, “Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, “Ilmu itu lebih cantik dari madu yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.” Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, “Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, “Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut.” Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, ‘Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut.”

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. “Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut.” Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, “SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehalai rambut.”

Wallahhualam...kan bagus kalau perbualan kita hari2 dgn kawan2 macam munaqasyah Rasulullah and his companions...setiap benda yg dilihat ada sahaja yang dibicarakan untuk mengambil iktibar darinya....semuanya akhirnya membawa kepada peningkatan iman dan hammasah dalam agenda hidup seharian....boleh terapkan kat sekolah masa borak2 kat kelas ke, dorm ke, musolla hatta kat tandas sekalipun kalau bijak mengeksploitasi keadaan ke arah kebaikan dan hasanah.

"Ijlis bina...nu'min sa'ah"

Labels:

Wednesday, December 26, 2007

wahana merantau...

Setakat ni, penulis banyak merantau ke mana2. Ada 1 cerita....


Di sebuah shopping kompleks.....bermulalah perbualan dua sahabat....

Muhammad: eh, jom solat zohor. Tapi surau kat mne ha??
Penulis: surau kat tingkat atas tu..
Muhammad: oh..jom
sesampainya di surau....

Penulis: Letak beg kat situ pastu ambil wuduk
Muhammad: ok2
Penulis: BismiLlah( sambil mengambil wuduk)
Muhammad: eh, cuba tengok tu(sambil menunjukkan tangan kearah seorang jemaah)
Muhammad: dia batalkan solat sebab ada orang call dia..
Penulis: hmm...pelik2



tamat...

Kesimpulan...

Kat luar ada yang Islam tapi hukum fiqh tak belajar pun dan mungkin tak tahu langsung. Kita yang belajar Fiqh takkan hanya untuk diri sendiri?? Ilmu itu tidak bermakna jika tidak menyampikannya kepada orang lain. Salah satu sifat Rasulullah ialah Tabligh(menyampaikan).



Fikirkan, sejauh mana kita menyampaikan ilmu yang kita ada. Mungkin ada yang berkata "ana tak amalkan ilmu ana lagi la..jadi, takkan nak sampaikan kat orang lain pulak.." Masalah amal pulak masalah kita la...Habis tu, kalau nak amalkan dulu baru nak sampaikan, berapa banyak ilmu yang kita kena amalkan??
Kita sampaikan ilmu sambil amal...



Labels:

Tuesday, December 4, 2007

pemuda....



Seringkali kita tersilap bahawa pemuda yang Islam hendak adalah umurnya muda. Jika seseorang itu sudah melangkau usia dewasa maka dia sudah tidak layak digelarkan pemuda Islam. Tetapi bukan itu yang dimaksudkan dengan pemuda Islam.




Pemuda yang dimaksudkan Islam bermaksud roh yang baru(diambil dari kata-kata Ustaz Sulaiman). Maknanya jika seseorang itu sudah dewasa tetapi dia masih bersemangat dalam perjuangannya menegakkan Islam, maka dia layak digelarkan sebagai pemuda. Di zaman Rasulullah juga ramai yang sudah melangkaui usia dewasa tetapi mereka masih lagi berjihad menentang musuh. Tepatlah apa yang dikatakan oleh Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna “Antum ar-ruhul jadid tasyri fi jasaadil ummah”(Kalian adalah roh-roh baru yang mengalir dalam umat).




Terdapat empat rukun pemuda yang dikatakan Imam Hasan Al-Banna iaitu Iman, Ikhlas, Hammasah(semangat) dan ‘Amal. Asas kepada Iman ialah ‘qalbun zakiy’(hati yang bersih). Asas kepada Ikhlas ialah ‘fuaadun naqiy’(jiwa yang suci). Asas kepada Hammasah ialah ‘syu’ur qawiy’(perasaan yang membuak-buak). Asas kepada ‘Amal ialah ‘al-‘azm fatiy’(azam seorang pemuda). Jika seorang muslim itu lengkap dengan semua rukun ini, maka dia layak digelarkan pemuda.




Pemuda juga mempunyai sifatnya yang tersendiri seperti yang disebutkan oleh Imam Hasan Al-Banna. Pertama, ‘qawiyyul ‘aziimah’(kemahuan yang kuat). Kedua, ‘ma’rifatul mabadii’(mengenal prinsip-prinsip). Ketiga, ‘imaanubuhu wayaqiin’(beriman dan yakin). Keempat, ‘tadhhiyah’(sanggup berkorban). Kesemua ini adalah cirri-ciri yang terdapat pada seorang pemuda. Dalam mana-mana bangsa para pemda menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka. Kalau kita tengok kuasa besar Nazi, kebanyakan dari mereka adalah pemuda dan pemudalah yang menjadi tonggak mereka. Dari mana-mana persatuan pun pemuda yang menjadikan persatuan itu bergerak lebih lancar. Dan kalau kita lihat kembali sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya, ramai dikalangan mereka yang muda-muda lagi sudah memimpin angkatan perang dan seperti Usamah bin Zaid.




Marilah wahai para pemuda, kita berazam dan berusaha supaya umat ini kembali mulia dan tidak lagi ditindas oleh orang-orang kafir dan konco-konconya. Bersama menegakkan kembali panji Islam diatas muka bumi ini melalui peribadi muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim dan berikutnya……

karat jahiliyah.....merana hidup.....



Selalunya orang ambil berat tentang jahiliyah, tapi karatnya tak ambil berat pun. Mane taknya, jahiliyah pun tak selesai apatah lagi karatnya sendiri. Umat Islam kini telah diserang dengan pemikiran dan budaya luar yang melalaikan dan menjauhkan mereka dari Islam yang syumul ini. Dengan animenya, chatting banatnya, sms ngan banatya, seluar jeansnya dan banyak lagi benda2 yang melalaikan kita semua.

Ada yang tengok anime sampai perkara wajib pun dilambatkannya. Takut ter'miss' bab2 yang best.

Lps tu, ada yang bajet mantap sangat ilmu dia sampai nak dakwah pun chatting ngan banat. Niat dah betul tapi cara yang salah. Islam nak niat yang betul dan cara yang betul (bertepatan dengan ajaran Islam).

Mungkin orang dulu nak berhubung dgn banat kena chatting. Tapi sekarang lagi maju. Dah ada handphone, salah guna. Sibuk dgn sms banatnya. Topup 10 ringgit tak kisah pun asalkan dapat sms dgn 'kawannya'..Kawan baik nak tengok handphone pun tak kasi. Bajet rahsia. Dah tahu salah, tak nak berubah pun....pelik2.....

Ada jugak yang pakai seluar jeans. Dia tak rasa apa2 pun. Rasulullah pernah bersabda "Sesiapa yang mengikut budaya sesuatu kaum, maka dia tergolong darinya". Sebenarnya siapa yang mula2 pakai seluar jeans? Ana rasa orang barat yang mula2 pakai jeans. Lepas tu, mulalah orang melayu sibuk2 nak pakai seluar jeans. Bajet maju dan x nak ketinggalan. Ada jugak yang pakai seluar jeans tapi warna hitam. Dia ingat orang x nampak jadi dia x bersalah la....Ana pernah tanya sorang abg senior tentang pakai seluar jeans. Dia jawab jadi tak boleh sebab dia tak tamayyuz(tak terikut dengan keadaan). Bagi ana pulak itu adalah salah satu karat jahiliyah yang masih lagi terdapat kat seseorang tu. Ikut tarbiyah tapi same je. Tak de perubahan langsung....


Semuanya bermula dari DIRI KITA. Kalau kita nak kemuliaan, tinggal semua benda tu. Sahabat Rasulullah pun ade yang buat salah jugak. Ada yang mencuri, mengumpat dll. Tapi kenapa mereka masih lg dianggap zaman kegemilangan? Rahsia mereka ialah TAUBAT. Kalau mereka taubat, mereka dah x buat langsung dah. Umat sekarang taubat sekejap je. Lepas tu buat lg...pelik2.....sama2 kita muhasabah kembali kerja2 kita. Kita sama2 tegur kesilapan masing2. Jangan hanya menyesal perkara yang lalu.....Anda mampu mengubahnya!