Musafir Dunia

" Bertebaranlah di ladang amal walaupun belukar ujian menghadang..Namun bukankah itu satu-satunya jalan kepada-Nya?? "

Sunday, November 30, 2008

Tausiyah Buat Penempuh Cuti


Alhamdulillah, selama hampir sebulan sudah kita melalui hari-hari yang sememangnya kita ketahui bahawa ia adalah ‘suasana yang tidak diatur’. ‘Suasana yang tidak diatur ‘ akan membuatkan kita mudah terlena dan berehat. Namun, bagi mereka yang ingin menyelamatkan diri perlu ada takhtit fardi(perancangan diri sendiri) untuk menjaga dirinya sendiri….

AMAL FARDI
Kebiasaanya di rumah kekuatan kita untuk menjaga amal fardi seperti solat di surau atau masjid awal waktu, qiam dan baca al-Quran setiap hari serta macam-macam kebaikan yang lain mungkin tidak sekuat di sekolah. Walau apapun kita perlulah ada 2 perkara dalam nak menjaga diri melakukan kebaikan iaitu kemahuan yang meluap-luap dan tidak menangguh dalam buat kebaikan. Rancanglah dengan ada keinginan untuk sekurang-kurangnya setiap hari 2 muka bacaan al-Quran serta qiam mungkin 3 kali seminggu. Manakala solat awal waktu di surau atau masjid 3 kali sehari(lebih elok subuh, maghrib dan isya’). Mungkin juga puasa 2 minggu sekali. Sebaiknya melakukan dengan istiqamah walaupun sedikit akan tetapi alangkah baiknya jika makin hari bertambah amal dan semakin baik. Bagi sesiapa yang mampu melakukan sebanyak-banyaknya, lakukanlah kerana amal kita bukan amal yang dilakukan pada tahap minima sahaja. Bukan hanya mencapai tahap minima sudah selesa tetapi bilamana kita usaha banyak, maka hasilnya juga akan banyak.

THAQAFAH ISLAMIYAH
Keperluan untuk kita memperluaskan pemikiran dan mendalamkan tasawur(gambaran) kita kepada I slam amat penting dicernakan dari sehari ke sehari. Takkan lahir perubahan tanpa keinginan, takkan lahir keinginan tanpa matlamat yang jelas dan takkan lahir matlamat yang jelas tanpa gambaran dan pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Oleh itu perubahan Islam perlu bermula dari bawah iaitu adanya gambaran yang tepat dan jelas tentang Islam dan dakwah. Bacalah dalam sehari apa-apa berkaitan dengan pemahaman pada Islam dan dakwah serta lebih elok mengetahui keadaan terkini Palestin dan umat sekeliling dunia terutama Malaysia.

PELAJARAN
Dalam mengejar cita-cita Islam, perkara lain seperti pelajaran sepatutnya tidak diabaikan. Ada ust pernah berkata orang yang cemerlang dalam dakwah adalah mereka yang cemerlang dalam pelajaran tidak bermaksud cemerlang dalam pelajaran mereka yang skor A dan seumpamanya akan tetapi sebenarnya mereka yang ada kesungguhan yang membawa kepada perubahan sudah cukup untuk menggambarkannya. Lebih-lebih lagi setelah keluar keputusan peperiksaan akhir tahun masing-masing perlu membuat muhasabah dan perancangan supaya tidak menimbulkan lebih banyak masalah dalam zaman fitnah ini.

Sunday, November 23, 2008

Belajar Dari Bangsa Indonesia


Baru-baru ini penulis berkelana ke bumi Indonesia yang selama ini sering diperkatakan orang ramai. Sebenarnya penulis baru pertama kali pergi ke Indonesia dan dengan itu juga penulis baru mengenal bumi Indon ini…

Sesampai sahaja di lapangan terbang di Bandung, penulis terlihat suatu pemandangan yang sukar didapati di tanah air(mungkin tiada). Lapangan terbang di situ berbanding KLIA sangat jauh ibarat langit dan bumi. Sangat daif. Dengan tempatnya yang panas tiada kipas apatahlagi air conditioner, beg-beg di‘check’ secara manual bukan dengan mesin. Agaknya pegawai di situ berpeluh-peluh kepanasan mengerjakan tugasan mereka.. Apa boleh buat, inilah kerja mereka… Banyak lagi perkara-perkara yang akhirnya menimbulkan rasa bersyukur hidup di Malaysia..



Penulis meneruskan perjalanan sambil seribu dua persoalan mahu berenang-renang dalam kolam fikiran.…

Dari Bandung terus ke Jakarta. Makan masa dua jam. Highway yang penuh dgn lori..Bila sampai waktu puncak, Bandar Jakarta mula ‘macet’(sesak). Tapi yang uniknya kenderaan terlalu banyak dan jalan pun kecil tapi kurang kemalangan… Jarak antara kereta dengan kenderaan lain terlalu dekat. Tapi sikap mereka bertolak ansur akhirnya kurang kemalangan. Kalau kat Malaysia, kereta jauh tapi ada juga kemalangan… Pelik tak pelik??.... Saya pun pelik…

Kalau ikut hati dah malas dah nak jalan, sehari suntuk punya jalan mana taknya.. tapi penulis yakin perjalanan ni bukan sekadar melihat sana sini, tapi melihat, mentafsir dengan mata hati….

Belajar daripada bangsa Indonesia…

Berhari-hari sudahpun keberadaan penulis di sini. Lawatan yang amat menguntungkan bagi mereka mengharapkan sesuatu padanya…

Akhirnya penulis pulang dengan persepsi yang berlainan antara Malaysia dan Indonesia. Benar-benar jelas perbezaannya. Satu sikap yang paling penting dalam penduduk Indon ini ialah sikap rajin. Setiap penduduknya mesti ada yang bekerja walaupun dapat sekadar 1000 Rupiah(40 sen) sehari… Tidak kelihatan pun peminta sedekah di jalanan mahupun di pasar-pasar…

Apakan daya mereka ?? Mereka kan rajin…

Itulah mereka yang saya kenal…

Hanya Kental...


*'Hanya kental bisa melangkah' itulah ayat yang sering kita laungkan ketika itu... Adakah ia mampu lagi menimbulkan bibit- bibit pada mulut kita untuk mengulanginya lagi?? Semuanya terpulang pada jiwa-jiwa yang melaluinya.... Apatahlagi menjiwainya....

Wednesday, November 19, 2008

Hari-hari yang berlalu...


Hampir setahun yang dilalui...
Manis perit semua dihadapi...
Kotak fikiran sering ligat berfikir...
Hari-hari yang indah pasti akan berakhir....


Kini semuanya sudahpun melangkah keluar...
Menuju hari-hari yang akan datang...
Bukan saja-saja...
Tapi mahu dirinya semakin matang...
Buktinya dia tidak lagi kebudak-budakan...
Dia mahu itu...


Dia mahu berfikir, mentafsir...
Apakah yang sedang berlaku pada dirinya...
Adakah proses kematangan atau proses kebudak-budakan??
Sungguh dia tersangat menyesal...
Rupa-rupanya dirinya selama ini...
Kebudak-budakan...

Betulkah itu...

Dirinya sendiri yang mampu menilainya....


Thursday, November 13, 2008

Uwais Al-Qarni



Allah ilhamkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir di kalangan Tabiin (“Tabiin” ialah mereka yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”). Nabi berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali, “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu”.
Semua pembaca pasti kenal siapa dia Saidina Umar dan Saidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” (mereka dah dijamin masuk syurga). Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”. Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, minta sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini merupakan isu utama dalam kehidupan, walaupun kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Logiknya kalau dah dijamin jadi ahli syurga, tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya minta Allah ampunkan dosa melalui doa orang lain dan doa kita berterusan.
Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Saidina Umar dan Saidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemulah mereka dengan Uwais al-Qarni.
Pada zahirnya, tidak mungkin dia adalah orang yang Nabi saw maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan orang-orang yang datang bersama menganggapnya seorang yang akal tidak sempurna (tiga suku), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu yang cukup hebat!….. Doanya sentiasa dimakbulkan.


Asal usul Uwais al-Qarni
Asalnya dia berpenyakit sopak, badannya putih, dan tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia amat tekun dan berusaha untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dewasa.
Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang yang nak pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka harus menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “Haudat”.
* sekadar hiasan



Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakannya. Unta pun dia tidak ada, nak sewapun tidak mampu. Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” (tanah tinggi). Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit. Apa yang dia lakukan? . Pada waktu petang didukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ’gila’. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Tetapi sebenarnya niatnya baik. Dukung lembu, pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu beratnya bertambah 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.



Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Kalau lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang beratnya tak sampai 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan mudah. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Setelah pulang semula ke rumahnya di Yaman, Ibunya bertanya; “Uwais, apa yang kau doa sepanjang kau berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaimana pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”. Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.


Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit” Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. (Kalau nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia minta agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak di belakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.
Tidak lama selepas Uwais berdoa demikian, ibunya meninggal dunia. Dia telah tunaikan semua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh.


Saidina Umar dan Saidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan minta satu sahaja iaitu minta didoakan supaya Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua agar diampunkan segala dosa mereka.


******************************************


Kisah ini menjadi satu pengajaran bagi kita yang mana kita ini sebenarnya boleh sahaja melakukan apa sahaja. Kadang-kadang kita mungkin merasa lemah dan tidak terdaya untuk melakukan sesuatu itu, namun sebenarnya dalam diri kita ini ada satu kekuatan yang mana ia akan keluar bila kita sangat memerlukannya. Dan ia juga pengajaran untuk ketaatan kita kepada ibu bapa kita sebagai anak yang soleh..
Keluarkanlah segala pengajaran yang anda dapat kerana sebenarnya sirah adalah pengajaran yang sangat-sangat penting bagi seseorang muslim...


Bagi sesiapa yang suka berfikir, dialah yang boleh mengeluarkan sebanyak-banyak pengajaran...

Labels:

Saturday, November 1, 2008

Laluilah!


Alhamdulillah, habis pun periksa. Nyaris-nyaris tergugat sepanjang peperiksaan pmr... PDI pun baru sahaja dilalui beberapa hari yang lepas... Lega pula rasanya..!

Tak tau lah apa nak cakap kat otak nih. Macam-macam fikir...
Kadang-kadang sampai pening...
Pening apa, entahlah..
Kalau nak fikir pelajaran, memang takkan penuh otak kita nih!
Tak pening pun fikir pelajaran...
Betul tak??
Pening sikit-sikit ade lah....


Sekolah pun semakin lama semakin hampir ke penghujung. Abang-abang nak pergi dah. Kawan-kawan pun ada juga yang pindah. Terfikir pula agenda apa yang memenuhi kepala otak f3-f3. Macam-macam ada. Futsal, jalan-jalan, ziarah, tidur sana sini....

Hmm.., memang nak lepas tension f3 ni...

Wahai rakan seperjuanganku, fikirlah agenda sebesar-besarnya supaya cuti panjang ini terisi dengan aktiviti-aktiviti luar. Bukan sekadar terperok kat rumah. Yusuf Al-Qardhawi pernah berkata bahawa mukmin perlu bergerak. Antara air sungai yang mengalir dan air tasik, yang manakah dipenuhi lumut yang banyak?? Tentulah tasik!! Tasik tidak bergerak dan akhirnya akan ditumbuhi lumut. Inilah mukmin!!
Apa-apa pun yang kita rancang, mesti memberi maslahat kepada dakwah. Mesti membawa kebaikan kepada semua...
Bukan susah, tak gitu??

Ayuh rancang!!

* special buat f3 SMIH